Dosa. Taubat. Dua perkara yang sering berlaku di dalma kehidupan kita. Termasuk lah juga diri ku ini: aku hanya insan biasa. Yang penuh dengan dosa. Acapkali ku berbuat dosa, maka acap kalai juga lah aku bertaubat.
Persoalannya adalah, mungkinkah taubat ku di terima jika ku terus-menerus membuat dosa sebegini rupa? Hidup ini adalah singkat, maka, kita hendaklah "enjoy" dan menikmati nikmat yang di tawarkan oleh dunia, tetapi dalam masa yang sama, jangan lah kita lalai, lupa dan leka sehingga kita terus-menerus membuat dosa dengan alasan bahawa dosa itu boleh di tebusi dengan doa dan taubat.
Diri ini penuh hina dan dina, maka diri ini menyeru kepada hati ini supaya sentiasa kembali kepada Tuhan, kerana Tuhan lah yang maha memahami dan yang maha mengampun. Semoga Tuhan menerima taubat ku ini. Aku hanyalah insan biasa yang kerdil dan penuh dengan dosa.
No comments:
Post a Comment